Langkawi Car Renting

Wednesday, 24 September 2014

Kereta Sewa Langkawi | Pulau Payar Marine Park

Pulau Payar Marine Park Package.


Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah. Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau PayarPulau KacaPulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas.
Di pulau tidak berpenghuni ini, anda boleh mandi manda di tepi pantai atau melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving secara berkumpulan di samping ribuan ikan yang selalunya anda lihat hanya di kaca tv.
Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat melihat ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu paus sewaktu musim panas (Oktober hingga Februari).
Namun begitu, mungkin kerana faktor kos, anda akan lebih banyak berjumpa pelancong luar negara dari pelancong tempatan sewaktu di sini.

Aktiviti Di Pulau Payar

Kebanyakan dari anda akan menghabiskan masa dengan snorkeling. Namun begitu, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle trekking dengan menaiki lebih 100 anak tangga dan masuk ke kawasan hutan di pulau ini.
Jika anda pencinta burung, anda juga boleh melihat spesies burung liar di kawasan pulau ini seperti burung pergam dan helang.

Snorkeling.
Scuba Diving.

Shark Feeding.

Underwater Chamber Viewing.

Ride In Glass Bottom Boat.

Dari Langkawi ke Pulau Payar

Perjalanan dari Langkawi ke Pulau Payar dengan feri selalunya mengambil masa 1 jam. Dari Pulau Payar, anda kemudian akan di bawa oleh high speed catamaran ke destinasi anda.


Jenis Pakej dan Harga/Kos ke Pulau Payar

Kebiasaanya ada 2 pakej yang selalunya disediakan dari Langkawi ke Pulau Payar:
1. Pakej Laut Dalam/Pakej Coral (Package A)
Pakej ini selalunya berharga di atas RM260 seorang. Anda akan menghabiskan masa di platform tengah laut di mana anda boleh melihat lebih banyak ikan kawasan laut berbanding pantai, dan melakukan aktiviti snorkeling.
Anda juga boleh melihat ikan dengan balai cerap bawah laut yang di bina di bawah platform. Makanan di sini biasanya berbentuk buffet.
**Sangat Penting** Aktiviti di sini boleh jadi sangat berbahaya jika anda tidak tahu berenang/leka dengan snorkeling. Telah ada kes kematian di sekitar kawasan ini kerana lemas.
2. Pakej Pantai (Package B)
Pakej selalunya berharga di bawah RM150 seorang. Anda akan di tempatkan di tepi pulau di mana anda boleh melakukan aktiviti snorkeling di pesisir pantai. Makanan selalunya di bekal dalam bekas makanan.

Maklumat Penting

  • Tiada penginapan di Pulau Payar. Walaupun begitu terdapat chalet kecil untuk anda yang mahu berehat sebelum menunggu waktu pulang ke Langkawi.
  • Ada surau di pulau ini untuk anda solat bila masuk waktunya. Jadi jangan lupa bawa baju kering.
  • Anda dilarang memberi makan ikan di sini.
  • Pulau ini tiada bekalan air tawar dan semua tandas menggunakan air laut. Bawa air botol yang mencukupi untuk minum dan membersihkan diri. Ini penting jika anda tidak mahu pulang ke hotel dengan badan diliputi air masin.
  • Pulau ini tiada kedai. Pastikan anda bawa makanan dan sunblock secukupnya.
  • Lawatan ke Pulau Payar dengan tempoh perjalanan pergi balik dan aktiviti selalunya mengambil masa dari pagi hingga ke petang. Jadi pastikan anda lapangkan satu hari khas untuk ke sini.


Duration : 09:30am - 04:30pm

Pulau Payar Marine Park Package

Package A (Langkawi Coral)

PACKAGE INCLUDE:-
  • 2 Ways Transfer. (selected hotel)
  • Return Trip By High Speed Catamaran.
  • Snorkeling And Diving Equipment.
  • Buffet Lunch On The Reef Platform.
  • Shark Feeding / Fish Feeding.
  • Underwater Chamber Viewing.
  • Ride In Glass Bottom Boat.
  • Sun Bathing.
  • Free Insurance / Live Tax

    PROMOTION PRICE

                   Adult : RM 260.00
                   Child : RM 200.00
 Deposit Booking RM260.00




Package A (Langkawi Coral)

PACKAGE INCLUDE:-
  • 2 Ways Transfer. (selected hotel)
  • Return Trip By High Speed Catamaran.
  • Snorkeling And Diving Equipment.
  • Packed Lunch at The Beach
  • Shark Feeding / Fish Feeding.
  • Free Insurance / Live Tax

    PROMOTION PRICE

                   Adult : RM 150.00
                   Child : RM 130.00
Deposit Booking RM150.00
















Credit To